Satu Muharram detik permulaan perkiraan tahun Islam hijrah. Perkiraan          tahun ini dimulakan oleh Khalifah Umar Al-Khatab iaitu diambil sempena          tahun tibanya Nabi Muhammad S.A.W di Madinatul Munawwarah. Namun          begitu, peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W itu berlaku pada hari isnin          12 Rabiulawal kerana baginda selamat tiba di Madinah al-munawwarah pada          hari tersebut sebelum waktu zohor (September 622 M) iaitu tahun pertama          hijrah. Manakala bulan Muharram adalah bulan pertama diantara 12 bulan.       
Tahukah anda apakah yang berlaku sebelum hijrah?Apakah yang terjadi semasa          hijrahnya Rasulullah S.A.W? dan Apakah kesannya terhadap dunia setelah          penghijrahan itu berlaku?.
Sekiranya kita memahami sejarah silam, Insyaallah, kita akan menjadi insan          yang baik dan terpuji sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Hijrah dari segi bahasa bermaksud pindah atau meninggalkan sesuatu iaitu          perkataan yang berasal daripada bahasa Arab "Hajara". Hijrah          dari segi istilah pula ialah Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari kota          Mekah ke kota Madinah semata –mata untuk menyebarkan dakwah Islamiah          iaitu atas izin Allah S.W.T. Namun apabila kita meneliti dalam peristiwa          hijrahnya Rasulullah S.A.W itu, Maka hijrah juga kita boleh maksudkan dengan          berbagai-bagai makna yang tersirat iaitu:
1) buruk kepada baik.
2) mundur kepada maju (membangun).
3) ingkar kepad beriman...          dan sebagainya.
Saidina Abu Bakar As-Sidek pernah berkata,"Celakalah orang yang          hari ini sama dengan semalam dan esoknya sama dengan hari ini".
Wallahualam..
Popular Posts
- 
sudah lama tidak menulis di blog Mata & Kehidupan..
 - 
Menutup semua anggota badan yang diwajibkan oleh syara’ kecuali muka dan dua tapak tangan. Menutup aurat dengan IKHLAS KEPADA ALLAH SWT, t...
 - 
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah ...
 - 
Satu Muharram detik permulaan perkiraan tahun Islam hijrah. Perkiraan tahun ini dimulakan oleh Khalifah Umar Al-Khatab iaitu diambi...
 - 
HIJRAH KEKASIH Kesetiaan Abu Bakar teman sepanjang jalan Keberanian Ali menggamit maut di hujung selimut Ketabahan Asma’ serikandi peranc...
 
No comments:
Post a Comment