SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah  – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri   manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak   terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah   senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam  – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti   ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara   yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang   yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil -   sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat   dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada  duit.  (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak  – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas   dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa   banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..
**  Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai  atau  digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum  boleh  dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ)  Biarlah  rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat  dimanfaatkan.
6. Tidak sabar -   andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi   hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi   dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja   bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego -   ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.   Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir  mahupun  batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya  sendiri..cuma  tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…
8. Riak -   terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.   Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah   amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah   kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…
9. Cinta dunia -   tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat   susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati   jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa   anak yg soleh/solehah…
** Cinta dunia merupakan “neraka dunia”  kerana dunia itu “panas”  akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.  Jadi letakkanlah akhirat  itu di hati dan dunia itu di tangan supaya  dunia itu senang  dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi  yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya  disebabkan  kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah  MAZMUMMAH.
Popular Posts
- 
sudah lama tidak menulis di blog Mata & Kehidupan..
 - 
Menutup semua anggota badan yang diwajibkan oleh syara’ kecuali muka dan dua tapak tangan. Menutup aurat dengan IKHLAS KEPADA ALLAH SWT, t...
 - 
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah ...
 - 
Satu Muharram detik permulaan perkiraan tahun Islam hijrah. Perkiraan tahun ini dimulakan oleh Khalifah Umar Al-Khatab iaitu diambi...
 - 
HIJRAH KEKASIH Kesetiaan Abu Bakar teman sepanjang jalan Keberanian Ali menggamit maut di hujung selimut Ketabahan Asma’ serikandi peranc...
 

No comments:
Post a Comment