Popular Posts

Wednesday, February 23, 2011

Wednesday, December 8, 2010

9 Sebab Hati Tidak Tenang

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…
** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Tuesday, December 7, 2010

Ciri-ciri tudung dan pakaian membawa ke Syurga

  1. Menutup semua anggota badan yang diwajibkan oleh syara’ kecuali muka dan dua tapak tangan.
  2. Menutup aurat dengan IKHLAS KEPADA ALLAH SWT, tidak terselit sedikit pun dihati untuk berhias atau bermegah-megah.
  3. Tidak nipis dan tidak terlampau lembut sehingga menampakkan bentuk badan.
  4. Lebar dan tidak mendatangkan keghairahan nafsu.
  5. Tidak memakai wangian sehingga membawa fitnah.
  6. Pakaian wanita tidak menyerupai pakaian lelaki dan pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian perempuan.
  7. Pakaian orang-orang mukmin tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir.
  8. Tidak memakai pakaian bermegah-megah supaya Allah SWT dapat memberi pakaian yang terbaik di Akhirat kelak.

HiJRaH KeKasIH AllAh..

HIJRAH KEKASIH
Kesetiaan Abu Bakar teman sepanjang jalan
Keberanian Ali menggamit maut di hujung selimut
Ketabahan Asma’ serikandi perancang bekal musafir
Setia, berani dan tabah terserlah
...Di hijrah Rasulullah… menuju Allah
ke kota Madinah

Di gua Thur jejaring lelabah mengukir keliru
Merpatipun bersarang rendah menghibur gundah
Bisa ular di kaki Abu Bakar menjadi penawar
Angin malam dan ribut pasirpun reda seketika
Tentera Tuhan… akur setia
Suara alam…. sunyi seketika
pada dua kekasih-Nya di dalam gua

Di Madinah suara rindu syahdu mendayu
Hari syukur, tafakur atas nikmat dan rahmat
Marhaban… marhaban… marhaban
meriah kedengaran
Al Qaswa dibiarkan memilih persinggahan
di depan rumah Abu Ayub akhirnya…
bertamulah keberkatan

Dibina masjid telapak semadi ketulusan hati
dengan Ilahi…
sesama insani…
Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan
Aus dan Khazraj diserasikan
Perisai ummah benteng kekuatan

Itulah keindahan sebuah hijrah
Yang bertintakan kesusahan…
berdakwatkan ketabahan
Itulah hijrah kekasih Allah
Berasaskan iman bertunjangkan ukhwah
Menara Islam terjulang…
di Madinah Munawwarah! 

Sunday, December 5, 2010

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah

Salam MaalHijrah

Satu Muharram detik permulaan perkiraan tahun Islam hijrah. Perkiraan tahun ini dimulakan oleh Khalifah Umar Al-Khatab iaitu diambil sempena tahun tibanya Nabi Muhammad S.A.W di Madinatul Munawwarah. Namun begitu, peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W itu berlaku pada hari isnin 12 Rabiulawal kerana baginda selamat tiba di Madinah al-munawwarah pada hari tersebut sebelum waktu zohor (September 622 M) iaitu tahun pertama hijrah. Manakala bulan Muharram adalah bulan pertama diantara 12 bulan.
Tahukah anda apakah yang berlaku sebelum hijrah?Apakah yang terjadi semasa hijrahnya Rasulullah S.A.W? dan Apakah kesannya terhadap dunia setelah penghijrahan itu berlaku?.
Sekiranya kita memahami sejarah silam, Insyaallah, kita akan menjadi insan yang baik dan terpuji sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Hijrah dari segi bahasa bermaksud pindah atau meninggalkan sesuatu iaitu perkataan yang berasal daripada bahasa Arab "Hajara". Hijrah dari segi istilah pula ialah Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekah ke kota Madinah semata –mata untuk menyebarkan dakwah Islamiah iaitu atas izin Allah S.W.T. Namun apabila kita meneliti dalam peristiwa hijrahnya Rasulullah S.A.W itu, Maka hijrah juga kita boleh maksudkan dengan berbagai-bagai makna yang tersirat iaitu:
1) buruk kepada baik.
2) mundur kepada maju (membangun).
3) ingkar kepad beriman... dan sebagainya.

Saidina Abu Bakar As-Sidek pernah berkata,"Celakalah orang yang hari ini sama dengan semalam dan esoknya sama dengan hari ini".
Wallahualam..